Busana tradisional tinggi nilainya, Warisan budaya kebanggaan bangsa, Orang Melayu sangat jaga adabnya, Itulah yang diterapkan sejak dahukala...Sejarah adalah guru terbaik buat kita semua. Sejarah perlu difahami dan dihayati, bukan untuk dihafal. Jika kita tahu menghayati dan memahami sejarah, maka kita akan menemui kembali jalan yang membawa diri kita kepada asal-usul kita...
BAHAGIAN 1
BUSANA MELAYU KEDAH
- Lelaki = Baju Melayu polos berpotongan jaket, bersamping pelikat dan bersongkok.
- Wanita = Baju Kurung Kedah kain baldu dipadankan kain tenun dan selendang
- Lelaki = Baju Melayu Cekak Musang polos, bersamping songket dan berbaju Sikap baldu bersulam serta tengkolok.
- Wanita = Baju Kurung Kedah fabrik songket bunga tabor.
- Baju Melayu dipadankan dengan Baju Sikap dan samping kain tenun.
- Baju Kurung Kedah kain kasa warna warni dipadankan kain tenun dan selendang.
- Baju Kurung Kedah baldu dipadankan dengan kain tenun.
- Baju Kurung Kedah bercorak bunga kecil dipadankan kain batik sarung.
- Baju Kebaya Labuh broked Cina dipadankan kain pelikat dan selendang sifon.
- Baju Kebaya Labuh kain sifon corak flora dipadankan sarung pelikat selisih.
- Baju Melayu Cekak Musang dipadankan samping kain tenun dan Baju Sikap.
- Baju Melayu Cekak Musang biru dipadankan samping songket dan Baju Sikap fabrik broked.
- Baju Kurung Kedah daripada sutera Cina dipadankan kain tenun. Berselendang sifon bersulam benang keemasan.Baju Kurung Kedah corak tapak catur dipadankan kain songket sarung.
- Baju Kebaya Labuh corak bunga renik rona hitam dipadankan kain batik lepas dan selendang.
- Baju Kurung Kedah fabrik songket bunga tabur sedondon diserikan selendang songket bunga penuh.
- Baju Melayu Cekak Musang polos lengkap bersamping kain songket dan Baju Sikap kain baldu bersulam mewah...
PAKAIAN TRADISIONAL MELAYU NEGERI SEMBILAN
- Lelaki = Baju Kurung Cekak Musang (Pakaian Adat berasal dari Sumatera Barat).
- Wanita = Baju Kurung bersulam, kain sarung dan tekuk dada serta pakaian kepala 'tengkuluk'
- Lelaki = Pakaian Adat pembesar Minangkabau dan Aceh.
- Wanita = Baju Kurung dan penutup kepala 'tengkuluk'.
- Baju Kurung Cekak Musang sutera.
- Pakaian Adat Minangkabau.
- Baju Sikap.
- Pakaian wanita Minangkabau
- Baju Kurung sutera.
- Baju Kurung dipadankan dengan tekuk leher dari songket berhiaskan rerambu benang emas. Penutup kepala dari kain broked diperindah dengan benang emas juga
- Baju Kurung (Pakaian asal wanita Minangkabau dan Palembang yang dipadankan dengan kain songket).
- Baju Kurung Cekak Musang (pakaian adat Negeri Sembilan).
- Baju Sikap yang lazim dipakai oleh bangsawan dan pembesar Negeri Sembilan dahulu.
- Pakaian upacara pembesar dari Sumatera Barat. Baju Kurung Teluk Belanga tenunan sutera dan songket sarat ikatan pembesar
- Pakaian lelaki biasa dari keturunan Minangkabau.
- Pakaian upacara wanita Minangkabau.
- Pakaian adat lelaki Negeri Sembilan yang berasal dari Sumatera Barat.
No comments:
Post a Comment