Saturday, 20 September 2014
PUISI TANAH RANAH LELUHURKU BHG 1 : TANAH RANAH LELUHUR DARAHKU
Minangkabau Bumi leluhurku,
Perkampungan moyang nenekku,
Di sinilah bermulanya era peradaban Melayu..
Bangsa Melayu berasal daripadanya..
Bumi Minangkabau warisan turun temurun,
Anak-anak warisannya merantau,
Di setiap pelosok dunia,..
Kerna adat,anak perantauan harus pergi mencari ilmu,
Walaupun jauh perantauannya..
Tidak lupa akannya dek asal leluhur darahnya..
Bumi Mingkabau leluhurku,.
Walaupun jauh antara dua benua,.
Tidak daku lupa akan tanah leluhurku..
Di mana ku berpijak,ku tetap tidak lupa warisanku..
Walaupun Malaysia dengan Indonesia itu,
Berbeza negaranya,bagi diriku ianya tetap
BERSAUDARA SERUMPUN..
Karya PejuangNya,KULAAN MELAYU NUSANTARA313
(daripada ananda nur balkis91 )
26 April 2014 (SABTU) 2:15 pm
26 Jamadil Akhir 1435H
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment